Sebelum ini iaitu pada 15 Januari lalu, suspek yang sama telah melarikan RM20,000 dari bank tersebut. Kejadian pukul 12.56 tengah hari itu hanya mengambil masa kurang seminit apabila suspek terus menerpa ke arah pintu masuk sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang pengawal keselamatan.
Suspek kemudian pergi ke kaunter juruwang dan memaksa pegawai bertugas menyerahkan wang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Ketika kejadian terdapat tiga pekerja dan empat pelanggan. Mereka tidak dicederakan.
Manakala, pak guard yang berada di situ hanya malu-malu kucing dan berjalan-jalan sambil memegang cota.
No comments:
Post a Comment