Latest News

Empat kunci kebahagiaan dalam perkahwinan.


 Setiap perkahwinan pasti akan di landa pelbagai dugaan. Jika ikatan tidak kukuh, sudah pasti perpisahan yang akan terjadi. Berikut adalah empat kunci kebahagian dalam perkahwinan.

Kunci pertama : Jujur antara satu sama lain.
Apabila berkahwin, rahsia pasangan anda akan jadi rahsia anda dan rahsia anda akan jadi rahsia dia juga. Sentiasa jujur dengan pasangan anda. Apabila anda berdua jujur antara satu sama lain, semua masalah tidak akan jadi berat dan semua perkara dapat di selesaikan dengan mudah. Selain itu, anda juga akan saling percaya antara satu sama lain apabila masing – masing selalu berterus terang.

Kunci kedua : Sangat intim antara satu sama lain.
Intim bermaksud hubungan yang sangat rapat merangkumi hubungan antara suami dan isteri termasuklah hubungan seks. Apabila anda layan pasangan anda dengan sepatutnya, anda berdua akan lebih rapat dan memahami antara satu sama lain. Jika anda dan pasangan anda intim antara satu sama lain, tiada masalah yang akan timbul. Anda berdua juga akan selalu bahagia.

Kunci ketiga ; Sentiasa fikirkan kebahagiaan.
Jangan sesekali berfikir untuk bersedih, merajuk atau pentingkan diri sendiri. Sebaliknya sentiasa fikirkan cara untuk peroleh kebahagiaan. Jika perlu berkorban, berkorbanlah supaya kegembiraan tiba dalam hidup anda.

Kunci keempat ; Selesaikan masalah dengan segera.
Jika ada masalah timbul, selesaikannya dengan segera tanpa tertangguh. Jika tertangguh, masalah yang anda hadapi mungkin akan jadi besar dan tidak dapat di kawal lagi.

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.