Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita
Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.
Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.
Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka, kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.
Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.
Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.
Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.
Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.
Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi
“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1. Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.
2. Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.
3. Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.
Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.
Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.
Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Di Paris seoarang lelaki melakukan kesilapan bodoh. Beliau memandu masuk ke sebuah terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah Metro. beliau ...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Info Kesihatan:5 Makanan Penyebab Kanser 1) Hot Dogs – Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak maka...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
inilah akibatnya apabila pakai skirt pendek!!! itulah sebabnya islam suruh tutup aurat kalau tak memang jadi mangsa cmni la lihatlah vid...
-
Akak nak cerita pasal satu kejadian yang akak rahsiakan dari pengetahuan sesiapa. Cuma akak dan orang yang terlibat je yang tahu pasal kejad...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
Dewi Persik mengaku beliau diminta beradegan hot dengan vokalis Radja, Ian Kasela. Sebelum ini foto-foto mesra Depe dan Ian telah tersebar l...
-
Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas sedikit mengundang kontroversi. Ada peminat t...
Tp kalau sebaliknya pulak mcm mane?
ReplyDeleteBetul tu x dinafikan...lelaki suka dibelai Dan dimanja...tetapi wanita jg ingin perhatian yg sama mcm apa yg lelaki inginkn..
ReplyDeleteSetiap kaum samada adam atau hawa amat menginginkan belaian kasih sayang antara satu sama lain. So sama2 lah kita pakat jaga hubungan yg suci supaya berkekalan
ReplyDeleteYang menulis blog ni msti seorg llaki kn? Mcm luahan hti sj ? :)
ReplyDelete#peace :)