Pengorbanan isteri melahirkan anak merupakan pengorbanan yg sgt besar..
Pada ketika itu, bleh dikatakan nyawa berada di hujung rambut..Marilah kita sama2 mengambil ikhtibar dari kisah ini..
"Aduh-.sakitnyer-isk-.. aduuh-.Bang sakit nye tak tahan saya"keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie-.lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah sayatunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lahebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pdNisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ½jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebakhati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dankemudian bergegas memanggil Doktor Johari-Doktor Johari (DoktorPeribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata
meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran -"Come on Nisa u can do it-one more-." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar-"Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boyand girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri, it's a twin"Doktor Johari mengucapkan tahniahkepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak . Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega- tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisamengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam
dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa
menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisamengandung.
Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung-Nisa dah 2 bulan-Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pulak terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak
jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu"sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.
  ri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah."Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik
lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau , darah daging kau pun tak senonoh-.heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk
Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni ,
saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam
agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari
kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak
penah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia"ucap Nisa sambil menangis.Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ketempatkerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempatZakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belahdan kerjanya mengikut shif.
Kalau Zakri shif malam terpaksalahNisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malamsehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya.isa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengankeadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah
Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput-macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri lah, taklayak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa,ngadu kat emak takut dimarahi pula-bila Nisa balik kerumah kami berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh-Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami.Kasihan Nisa-dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding-Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi kesana untuk menolong Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nantibahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awalsikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerjakeras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut
plak hujan nanti"desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi lansung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari
pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang
saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian-terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH"doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak-berdenyut2-"Bang Nisaminta maaf jika Nisa membuat Abang marah"Nisa memohon maaf pada
Zakri sambil teresak-esak.
Treet, Treet, Treet, Treet-.bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je-." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?sindir Azlan, kawanpejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau-mereka perlukan kita masa tu-nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi"jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti"kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet-.bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri---"panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"-tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri -"ajak Zakri pada Lan."Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri."Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan
otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau-terhantuk
kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda
lebam. Mungkin kesan dah lama ? tanya Doktor Johari dengan serius
dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya-dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan
kesakitan Nisa-.baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati-tetapi sebaliknya-..Zakri hanya diam-."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil-
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa-"YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini"terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering-membuat Zakri tertarik untuk membacanya-
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang-
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang-Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan- Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANGseperti kita baru kahwin-Abang panggil Nisa AYANG-
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Di Paris seoarang lelaki melakukan kesilapan bodoh. Beliau memandu masuk ke sebuah terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah Metro. beliau ...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Info Kesihatan:5 Makanan Penyebab Kanser 1) Hot Dogs – Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak maka...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas sedikit mengundang kontroversi. Ada peminat t...
-
inilah akibatnya apabila pakai skirt pendek!!! itulah sebabnya islam suruh tutup aurat kalau tak memang jadi mangsa cmni la lihatlah vid...
-
Akak nak cerita pasal satu kejadian yang akak rahsiakan dari pengetahuan sesiapa. Cuma akak dan orang yang terlibat je yang tahu pasal kejad...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...
No comments:
Post a Comment