Latest News

Sedih Mertua Tuduh Tak Pandai Jaga Anak


Saya menghadapi isu penjagaan anak. Anak saya adalah cucu sulung keluarga mentua, menyebabkan mereka sangat teruja.

Pada mulanya, saya tidak kesah kerana mereka menyayangi anak saya, tetapi kini saya rasa terbeban. Maklumlah, kebelakangan ini disebabkan cuaca kurang baik, anak saya sering demam.

Ini menyebabkan keluarga mentua membebel panjang dan menyalahkan saya kerana tidak pandai jaga anak. Saya luahkan kepada suami, namun suami pula menempelak saya.



Saya sedih dengan sikap mereka yang tidak prihatin. Saya sebagai ibunya tentu lebih bimbang.



SERA
Kulim, Kedah

Terlalu teruja dengan kehadiran cucu sulung menyebabkan ibu mentua sangat sensitif dengan apa juga perkara negatif yang berlaku kepada cucu.
Bagi Dang Setia, itu normal disebabkan anak puan adalah cucu sulung.

Sebaik-baiknya puan mengawal perasaan dan mengendali tekanan keluarga mentua dengan tenang serta penuh diplomasi.
Menonjolkan sisi matang saudari boleh membantu menenangkan situasi ‘panik’ dihadapi oleh keluarga mentua.

Elak meradang dan berusaha meyakinkan keluarga mentua bahawa puan lebih arif keperluan anak. Lama-kelamaan mereka akan menyedari kesilapan mereka sering menyalahkan puan.-hmetro

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.