Hukum Melabur Dalam ASB Terbaru 2014 -KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.
Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (COMANGO) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.
Tahun lalu, COMANGO menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam."Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.
"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya.
Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri.Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang membabitkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan.
- BERNAMA
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Setiap origami bentuk hati ini dilipat menggunakan wang kertas 100 Chinese Yuan atau RM48 sekeping. Beliau telah menggunakan 520 keping dan ...
-
Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama N...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
#Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
sekarang is kapal terbang milik Syarikat Mas hilang ada info mengatakan ia telah terhempas ada juga yang mengatakan masih belum dapat dikesa...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...


No comments:
Post a Comment