Latest News

OMG : [Video] Misteri Lebih 100,000 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dikesan Di Perairan San Diego

Sekumpulan ikan lumba-lumba dengan saiz yang super besar dengan anggaran sebanyak 100,000 ekor yang merangkumi hampir 7 kilometer panjang telah dikesan di luar pantai San Diego. Ia telah memberi kejutan kepada sekumpulan ahli pemerhati alam sekitar yang berada berhampiran.

Ikan lumba-lumba lazimnya akan berenang di dalam kelompok kecil yang hanya mempunyai bilangan sebanyak 15 ke 200 ekor sahaja. Penemuan kumpulan ikan lumba-lumba berkenaan telah diiktiraf sebagai kumpulan ikan lumba-lumba super besar yang pernah ditemui di dunia.

Mr Dutra, seorang ahli pemerhati alam sekitar berkata, "Kami mengekori kumpulan ikan lumba-lumba itu selama 1 jam lamanya kerana tidak pernah melihat keadaan sebegini dalam hidup saya."

"Mereka (ikan lumba-lumba) datang dari pelbagai arah dan anda boleh melihat mereka sejauh mata memandang," katanya lagi. "Ini merupakan perkara terbesar yang pernah berlaku dalam hidup saya."





No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.