Latest News

SERIUS - HUKUMAN SEBAT DI ACHEH : QANUN JINAYAH (7 GAMBAR)

Di Acheh mereka mengamalkan hukuman yang beretapatan dengan syariah. Mereka yang bersalah berkhalwat, berjudi dan juga minum arak akan dihukum sebat di tempat awam untuk dijadikan iktibar kepada penduduk Islam yang lain.

Acheh dibenarkan mengamalkan hukum syariah oleh kerajaan pusat Indonesia kerana ianaya salah satu syarat pemerintahan autonomi mereka. Dengan terjalannya hukuman yang bertepatan dengan agama Islam. pihak kerajaan pusat Indonesia berharap dapat mengurangkan tentangan dari Gerakan Acheh Merdeka.

Hukuman sebat biasanya dijalankan pada hari jumaat selepas solat jumaat. Ianya dijalankan di perkarangan Masjid Baiturrahman dan diperhatikan oleh orang ramai. Walaupun hukuman syaria ini mendapat sokongan ramai pihak, namum terdapat juga golongan yang merasakan perlaksanaan hukuman di Acheh adalah tidak adil. Ini adalah kerana mereka yang dihukum majoritinya terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Golongan perpendapatan tinggi dan berkepentingan dapat melepaskan diri dari dihukum skuad Polis Moral.

#Nampak tak masalah di sini, bila laksanakan timbul pula masalah lain.


Laporan asal JakartaGlobe

2 comments:

  1. Admin... tiada salah atau cacatnya hukuman yang telah digariskan menurut Al-Quran... yang tidak betulnya pengamal undang-undang tersebut tidak menuruti syariat yang telah ditetapkan. Janganlah kita membuat andaian yang tidak munasabah terhadap syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT tapi yakinlah bahawa itulah jalan terbaik untuk menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang sedang meruncing dalam masyarakat kita.

    ReplyDelete
  2. hudud hanya dilaksanakan di Acheh, bukan seluruh Indonesia, kuasa mutlak ada pada kerajaan pusat bukan kerajaan Acheh. kalau kerajaan pusat mengamalkan hudud juga, in sha Allah xkan timbul masalah tidak puashati. sekurang-kurangnya Acheh cuba melaksanakan perintah Allah. kita?

    ReplyDelete

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.