Setiap sel menempatkan empat orang banduan. Banduan dilarang duduk di dalam sel diantara pukul sembilan pagi sehingga tujuh malam. Pada waktu ini banduan dibenarkan melakukan kerja di dalam penjara seperti menjahit baju atau memasak. Uniknya penjara di Kazakhstan ialah banduan diberikan kemudahan peti sejuk dan dobi sendiri. Sebulan sekali banduan dibenarkan memesan barangan dapur dari bandar berhampiran. Kemudahan komunikasi juga diberikan dan setiap banduan dibenarkan menggunakan telefon selama 15 minit sehari. Selain daripada itu mereka juga digalakkan melakukan aktiviti sukan bagi membantu pemulihan akhlak mereka.
#What you think?
No comments:
Post a Comment