SANTIAGO (Chile): Pihak berkuasa kesihatan di Chile, mengesahkan apa yang didakwa oleh seorang lelaki sejak berminggu-minggu lalu, dia menemui ekor tikus dalam burger McDonald’s.
Jun lalu, lelaki itu perasan sesuatu yang asing ketika dia menggigit burger yang dibeli di restoran McDonald’s di bandar Temuco, kira-kira 700 kilometer di selatan ibu negara Chile, Santiago. Dia berkata, ia kelihatan seperti ekor tikus dan memfailkan aduan kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Kelmarin, Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah, Waldo Armstrong mengesahkan perkara yang ditakuti oleh pelanggan.“Terdapat kesan ekor tersepit antara keju dan roti dan ekor itu telah dimasak,” katanya kepada wartawan.Restoran itu ditutup dan siasatan mendedahkan, tahi tikus di dalam restoran itu, dan ekor tikus diletak di dalam burger dengan sengaja. - AFP
No comments:
Post a Comment