Latest News

Hudud bukan macam main bola - Annuar Musa

KUALA LUMPUR - 'Jangan buat soal hudud macam main bola', kata ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, umat Islam wajib berusaha untuk memastikan hukum hudud ini berjaya direalisasikan.

"Dalam soal hudud jangan sesiapa cuba buat seperti main bola... nak 'passing long ball' dan 'short passes'

"Bagi umat Islam, kita wajib usahakan pelaksanaannya sedaya mungkin dan setakat mana termampu," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya, hari ini.

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan soal hukum hudud di Kelantan ini sudah terlalu lama digembar-gemburkan.

"... kita mesti pastikan kesiapsiagaan pelaksanaannya supaya bertepatan dengan kehendak ALLAH.

"Dalam konteks Kelantan, saya fikir ia sudah terlalu lama digembar-gembur secara politik tetapi usaha konkrit sedikit sekali yang dibuat," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau melahirkan rasa gembira apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad mengumumkan Kelantan sudah siap untuk melaksanakan hudud.

Beliau juga mengharapkan kerjasama semua pihak tanpa mengira semangat kepartian.

"Kita harap semua pihak terutama umat Islam harus bekerjasama atas dasar agama bukan semata mata parti," katanya.

"Ada yang secara lucu bercakap soal jambatan atau penghubung. Itu tanda masih tidak memahami isu sebenar atau manifestasi percubaan mencari alasan dan meletak salah pada orang lain.

"Cara begini biasanya berkesudahan dengan tuduh menuduh secara politik akhirnya, kerja sebenar dilupakan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.