MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Ini bermakna Zed Zaidi secara automatik bukan lagi Presiden Seniman.
Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop hari ini turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Rosilah turut memerintah agar kos perbicaraan RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan.
Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM56, 000 kepada plaintif.
Dalam saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.
Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.
Pihak defendan diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.
Menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan.
Pihak plaintif diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud, Muhd. Azmi Talib, Yusfarizal Yussof dan Majdah Muda.--MalaysiaGazette
Read more: http://malaysiagazette.com/hiburan/zed-zaidi-bukan-lagi-presiden-seniman-0#ixzz2lFU58CuA
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

No comments:
Post a Comment