Gambar hiasan |
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, perbuatan terkutuk mangsa itu terbongkar selepas teman lelakinya menghantar pesanan melalui aplikasi mudah alih WeChat kepada tunang bapa saudara perempuan terbabit.
Menurutnya, suspek mengenali rapat tunang bapa saudara mangsa telah memaklumkan kekasihnya itu bimbang apabila tidak didatangi haid dan meminta bantuan serta pandangan wanita terbabit.
"Bagaimanapun, bapa saudara pelajar perempuan itu terbaca perbualan yang dihantar suspek, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai hubungan mereka," katanya.
Noor Mushar berkata, difahamkan pasangan itu sudah melakukan hubungan seks sebanyak lima kali sejak mereka bercinta tiga tahun lalu.
Katanya, kali terakhir suspek dan teman wanitanya melakukan kegiatan tidak bermoral itu kira-kira jam 11.30 tengah hari pada 24 Oktober lalu semasa kedua-duanya berada di asrama sekolah.
"Suspek menghantar SMS kepada mangsa dan kemudiannya mereka berjumpa di sebuah kelas yang tidak digunakan.
“Mereka sempat berbual sebelum suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di atas meja kelas itu dengan kerelaan mangsa,” katanya.
Katanya, sebaik saja suspek dan mangsa melepaskan nafsu masing-masing, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu terus menuju ke surau sekolah berkenaan.
“Mangsa mengakui dia tidak pernah dipaksa atau dikasari suspek untuk melakukan hubungan seks sebanyak lima kali di tempat yang sama,” katanya.
Menurutnya, satu laporan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berhubung aktiviti tidak bermoral anaknya itu pada Jumaat lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.
No comments:
Post a Comment