Gambar hiasan |
Dalam satu kenyataan berani kepada media semalam, Dr Conrad Murray berkata, dia memegang kemaluan Michael setiap malam untuk dipasang tiub khas kerana penyanyi terbabit tidak dapat mengawal kencing pada waktu malam.
“Michael selalu memakai seluar panjang hitam dan dia akan berada dalam tandas selama berjam-jam.
“Michael tidak tahu memakai kondom, jadi saya terpaksa memakaikan alat untuknya,” katanya.
Murray turut mengulangi keyakinannya bahawa Michael membunuh diri.
Murray mendakwa ketika meninggalkan bilik tidur Michael pada hari penyanyi itu meninggal dunia, dia percaya Michael bangun dan mendapatkan Propofol lalu menyuntik dirinya sendiri dengan ubat berkenaan.
“Michael menyuntik ubat itu terlalu banyak menyebabkan jantungnya terhenti,” katanya.
Murray juga mengatakan anak Michael mempunyai tiga bapa berbeza dan Michael bukan bapa kandung mereka.
“Michael memberitahu saya, dia tidak pernah tidur dengan Debby Rowe,” katanya.
Dr Conrad Murray |
Murray berkata, Michael meramalkan yang dia akan mati semasa di bawah rawatannya.- Agensi
No comments:
Post a Comment