Latest News

Gadis terlanjur mahu kahwin tapi...

Gambar hiasan
Saya seorang ibu tunggal berusia lewat 30-an. Saya bukanlah janda tetapi ibu yang melahirkan dan membesarkan seorang anak tidak sah taraf.

Saya belum mendirikan rumah tangga kerana gusar, apakah saya boleh diterima oleh keluarga pihak lelaki, malah ibu bapa tidak menggalakkan saya untuk mendirikan rumah tangga gara-gara status saya.

Bekas teman lelaki sudah mendirikan rumah tangga dan hubungan kami masih baik demi anak kami.

Selama 10 tahun saya pendamkan saja keinginan untuk berumah tangga hingga kini hati saya terbuka untuk berkawan dan menerima kehadiran seorang lelaki berstatus duda.


Kepadanya, saya luahkan isi hati, masalah, status sebenar saya dan anak. Bapa mengetahui hubungan kami menentang keras tanpa mahu mengenali terlebih dulu teman lelaki ini. Saya ingin tahu apakah hak saya untuk bernikah sedangkan status saya adalah ibu kepada anak tidak sah taraf? Apakah hak wali ke atas saya?

Reen
Shah Alam

Pada hukum syarak saudari adalah anak gadis yang harus berkahwin. Perkahwinan saudari mesti diwalikan oleh bapa saudari. Walaupun saudari mempunyai anak tetapi saudari bukan janda yang boleh bernikah dengan keputusan sendiri kerana anak itu anak tidak sah taraf.

Saudari digalakkan berkahwin dan bukannya hidup membujang. Kesalahan lampau tidak wajar ditanggung selamanya. Dengan taubat yang jujur, saudari sepatutnya sudah boleh memulakan hidup baru.

Jika lelaki itu sudah menerima sejarah lampau saudari dengan jujur, itu peluang terbaik untuk berkahwin.


Anda Musykil Dr Mashitah Jawab


No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.