Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah."Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak."Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.
Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah."Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.
"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.
Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.
Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.
Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. -http://sedakasejahtera.blogspot.com
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Di Paris seoarang lelaki melakukan kesilapan bodoh. Beliau memandu masuk ke sebuah terowong pejalan kaki keretapi bawah tanah Metro. beliau ...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Info Kesihatan:5 Makanan Penyebab Kanser 1) Hot Dogs – Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak maka...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
inilah akibatnya apabila pakai skirt pendek!!! itulah sebabnya islam suruh tutup aurat kalau tak memang jadi mangsa cmni la lihatlah vid...
-
Akak nak cerita pasal satu kejadian yang akak rahsiakan dari pengetahuan sesiapa. Cuma akak dan orang yang terlibat je yang tahu pasal kejad...
-
Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas sedikit mengundang kontroversi. Ada peminat t...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...
No comments:
Post a Comment