Latest News

4 Gambar Pasukan Bomba Dikritik Memuat Naik Mangsa Beseluar Dalam

Pasukan bomba di Ezhou, sebuah bandar di Semenanjung Hubei telah dikritik hebat dalam media sosial setelah memuat naik gambar seorang wanita berseluar dalam yang cuba diselamatkan lapor Chutian Times hari ini.

Niat anggota bomba yang cuba menzahirkan sumbangan mereka kepada masyarkat telah disalah ertikan oleh pengunjung-pengunjung forum apabila foto berkenaan tidak ditapis dengan mengaburkan muka wanita berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku apabila tangan wanita tersebut tersangkut pada lubang tandas setelah beliau cuba mengambil stokin yang terjatuh ke dalamnya. Anggota bomba cuba menyelamatkannya dengan terpaksa mengangkat keluar tandas tersebut.

Pengunjung forum memuji tindakan bomba namun mengkritik gambar yang dimuatnaik kerana ianya agak tidak sesuai.

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.