Sungai Buloh: “Dia (pembantu rumah) memang rapat dan sangat menyayangi anak-anak, malah hubungan dengan ahli keluarga yang lain juga tiada masalah kerana kebolehannya berbahasa Mandarin,” kata bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan Melvin, Selvan Joseph yang ditemui mati akibat dikelar pembantu rumah keluarganya di Taman Sri Putra, di sini kelmarin.
Selvan, 44, yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh berkata, dia tidak menyangka pembantu rumah yang dipanggil Agnes itu tergamak membunuh anaknya yang masih kecil bersama anak tirinya, Koay Jia Hong, lima tahun.“Saya masih tidak dapat menerima berita sedih ini dan masih tertanya-tanya punca Agnes bertindak demikian. Tolong beri saya masa untuk bertenang,” katanya yang mengulas lanjut.
Ditanya kemungkinan pembantu rumah itu didera dan melakukan perkara itu untuk membalas dendam, Selvan hanya memberitahu dia tidak tahu kerana sudah setahun tinggal berasingan dengan isterinya yang menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan.“Saya tinggal bersama keluarga di kawasan berhampiran, manakala isteri dan anak-anak pula tinggal bersama keluarganya di rumah itu termasuk dua adiknya. Saya difahamkan, sehari sebelum kejadian ini mereka ada keluar makan bersama-sama,” katanya yang bertugas sebagai perunding teknologi maklumat.
Siasatan polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu bekas pembantu rumah keluarga terbabit.Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya yang tidak bebas dan sentiasa ‘berkurung’ di dalam rumah itu berikutan tiada pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung.
Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar dengan pisau berasingan hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat.Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu yang berusia 30-an.Pegawai Kedutaan Besar Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, pihaknya akan bekerjasama bagi mengenal pasti identiti wanita itu sebelum memaklumkan kepada keluarganya. -http://isupanaz.blogspot.com
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Setiap origami bentuk hati ini dilipat menggunakan wang kertas 100 Chinese Yuan atau RM48 sekeping. Beliau telah menggunakan 520 keping dan ...
-
Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama N...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
#Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
sekarang is kapal terbang milik Syarikat Mas hilang ada info mengatakan ia telah terhempas ada juga yang mengatakan masih belum dapat dikesa...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...


No comments:
Post a Comment