Latest News

Agensi Perisikan Dakwa Pesawat MH370 Dilarikan Untuk Melakukan Keganasan Di Masa Akan Datang

Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) masih belum dapat mewujudkan sebarang perkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapl MH370 dan pembantunya sehingga kini.

Namun, sebahagian pegawai kanan persikan negara itu beranggapan, pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk rancangan masa akan datang.

Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.“Ia lebih kepada usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.

Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas dari waktu ia dilaporkan hilang.

MH370 dengan ratusan penumpang serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu. Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat.Beliau bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas.


Sumber:mynewhub

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.