BUTTERWORTH – Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap ibu selepas bertengkar, seorang anak nekad merempuh ibunya hingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Jalan Raja Uda di sini, petang kelmarin.Dalam kejadian jam 7.10 petang itu, mangsa, Tan Ng Choun, 57, maut selepas cedera parah akibat tersepit di pagar konkrit kerana dirempuh kereta dipandu anak lelakinya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa yang berjarak lebih kurang 50 meter dari rumah anaknya.
“Mangsa sebelum itu mengunjungi rumah anak lelakinya yang berusia 27 tahun yang terletak berdekatan untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka membabitkan teman lelaki ibunya.
“Namun selepas gagal mencapai jalan penyelesaian, mangsa pulang ke rumahnya menunggang motosikal sambil diekori anak lelakinya yang memandu kereta,” katanya.Abdul Rahman berkata, sebaik menghampiri pintu pagar rumah, anak lelakinya bertindak merempuh ibunya yang berada di atas motosikal menyebabkan mangsa tersepit.
“Rempuhan kuat itu bukan sahaja menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian tetapi turut menyebabkan pagar konkrit di rumahnya runtuh.“Beberapa jiran yang terkejut melihat kejadian itu kemudiannya cuba membantu mangsa sebelum mereka bertindak menghubungi polis kemudiannya,” katanya.
Abdul Rahman berkata, punca pergaduhan dua beranak itu besar kemungkinan disebabkan oleh tidak puas hati anak mangsa terhadap teman lelaki ibunya.“Sejak kematian suaminya, mangsa menjalin hubungan dengan seorang lelaki tetapi tidak disenangi oleh anak lelakinya itu.“Mereka dikatakan sering bergaduh berkaitan masalah berkenaan, bagaimanapun polis perlu melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu,” katanya.
Abdul Rahman berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian dan kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya sejurus selepas itu.
sumber
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Setiap origami bentuk hati ini dilipat menggunakan wang kertas 100 Chinese Yuan atau RM48 sekeping. Beliau telah menggunakan 520 keping dan ...
-
Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama N...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
#Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
sekarang is kapal terbang milik Syarikat Mas hilang ada info mengatakan ia telah terhempas ada juga yang mengatakan masih belum dapat dikesa...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...

No comments:
Post a Comment