Miri: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan kini bertarung nyawa akibat pendarahan dalam otak dan retak tempurung kepala selepas didera bapa kandung yang juga warga Indonesia di sebuah bilik sewa di Jalan Brooke, di sini, kelmarin.
Perbuatan itu bukan saja menyebabkan mangsa cedera parah, malah lelaki berusia 38 tahun berkenaan turut membiarkan bayi malang itu menangis kesakitan bersendirian di dalam bilik sewa sebelum dibantu seorang rakan ibu mangsa, jam 8.30 malam.
Difahamkan, lelaki tidak bekerja itu mengambil alih tugas menjaga bayi berkenaan dan abangnya berusia dua tahun berikutan isterinya yang juga warga Indonesia jarang pulang kerana bekerja sebagai pelayan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.
Sumber polis berkata, simpati melihat keadaan bayi itu, rakan ibunya berusia 20-an membawa mangsa ke Hospital Miri sebelum doktor yang merawat mengesan kesan lebam dan luka di wajahnya.
Pemeriksaan lanjut doktor juga mendapati tempurung kepala bayi terbabit retak selain berlaku pendarahan di dalam otak, menyebabkan pihak hospital memaklumkan polis kerana percaya ada unsur penderaan terhadap mangsa.
“Lebih menyayat hati apabila doktor turut mengesahkan kanak-kanak itu kini kritikal selain kecederaan mungkin menyebabkan dia cacat dan lumpuh seumur hidup.“Berikutan itu, polis menahan pasangan suami isteri terbabit pada hari sama laporan dibuat bagi membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan gagal mengawal perasaannya kerana pengaruh dadah.
“Suspek itu mengakui perbuatannya, namun pada masa sama turut mendakwa cemburu dan marah kerana isterinya jarang balik ke bilik serta memperuntukkan masa dua jam bersama mereka setiap hari,” katanya.
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Setiap origami bentuk hati ini dilipat menggunakan wang kertas 100 Chinese Yuan atau RM48 sekeping. Beliau telah menggunakan 520 keping dan ...
-
Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama N...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
#Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
sekarang is kapal terbang milik Syarikat Mas hilang ada info mengatakan ia telah terhempas ada juga yang mengatakan masih belum dapat dikesa...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...

No comments:
Post a Comment