JOHOR BAHRU: “Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.
Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya.Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.
Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit.Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.
Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.
“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup.“Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan,” katanya.
Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar dengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.“Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum.
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Setiap origami bentuk hati ini dilipat menggunakan wang kertas 100 Chinese Yuan atau RM48 sekeping. Beliau telah menggunakan 520 keping dan ...
-
Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama N...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
#Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
sekarang is kapal terbang milik Syarikat Mas hilang ada info mengatakan ia telah terhempas ada juga yang mengatakan masih belum dapat dikesa...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...

No comments:
Post a Comment