Latest News

Mayat Hanya Memakai Kain Pelekat Dibuang Tepi Jalan

Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring dengan hanya berkain pelekat di tepi dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat itu ditemui penjaga dusun berusia 52 tahun yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan berkenaan.

“Siasatan kita mendapati tiada kecederaan dialami mangsa, namun dia mungkin mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.MAYAT mangsa ditemui di tepi jalan berhampiran dusun durian.

“Ini berdasarkan empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang ditemui di tepi jalan dan hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya.


sumber:hmetro



No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.