Pelakon Eina Azman enggan mengulas lanjut isu perselisihan faham antara dia dengan pengarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia, berjudul 'Kuntilanak Ciliwung'.Bagaimana pun setelah dipujuk pihak media, Eina sekadar memberikan kenyataan ringkas dan berjanji akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.
"Saya belajar dari kesilaan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan pada satu sidang media yang akan saya adakan nanti.
"Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan pengggambaran. Saya ekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mau bertanggungjawab dan apa jaminan saya. Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut", kata Eina Azman ketika ditemui pada malam previu filem terbaru lakonannya, 'Zombie Kilang Biskut', bertempat di One Utama, malam tadi.
Baru-baru ini nama Eina Azman tiba-tiba 'panas' berhubung laporan sebuah akhbar tempatan menyebut Eina dikatakan 'buat hal' apabila dia meninggalkan lokasi penggambaran filem berkenaan selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak dapat ditunaikan oleh produksi.Akibatnya, Eina melenting berlakulah pergaduhan antara dia dan penerbit filem tersebut sehingga dia bertindak meninggalkan set dan pulang sendiri.
Sementara pelakon Usp Wilcha yang turut berada sewaktu di majlis previu Zombie Kilang Biskut berkata, beliau telah dilantik oleh Eina sebagai perunding dan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan isu berkenaan."Minggu lalu semasa kami buat promosi filem 'Zombie Kilang Biskut' di Johor Bahru, Eina ada menceritakan masalah dia berkenaan isu ini kepada saya. Saya rasa bertanggujawab. Sepanjang kami berlakon bersama dalam Zombie, dia tidak pernah memberi masalah kepada produksi.
"Mengenai isu berkenaan, saya difahamkan dia tidak mempunyai kontrak langsung. Kalau tiada kontrak bagaimana dia boleh meneruskan penggambaran? Apa permainan pihak di sana? Malah Eina juga disuruh berlakon babak-babak panas. Apa sebenarnya tujuan produser filem berkenaan, mahu ambil kesempatan untuk filem beliau atau atas dasar lain? Saya juga dapat tahu Julia Ziegler mahu memulangkan semula duit kepada penerbit, tetapi dia di dakwa melanggar kontrak.
"Eina ada kirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada penerbit dan cuba menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di set. Tetapi pihak penerbit filem itu berkata, jika Eina ingin bercakap mengenai perkara itu, Eina boleh bercakap dengan peguam beliau. Terus saya katakan pada Eina, jangan angkat telefon sekiranya pihak di sana menghubunginya", katanya.
Usop juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat in dan sekiranya kedua-dua pihak mendakwa diri mereka dianiyai, masing-masing perlu mempunyai bukti.
"Kami sebenarnya tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana mahu menjaga baik hubungan dua hala. Kalau Eina dakwa dirinya dianiaya, dia mesti tampilkan bukti-bukti. Begitu juga dengan pihak di sebelah sana. Saya akan aturkan satu sidang media dan kami bersedia bersemuka dengan penerbit filem itu untuk menyelesaikan isu ini", kata Usop yang kini menguruskan syarikat khidmat perunding artis dibawa syarikat miliknya HD SLR Media yang baru dibuka sejak dua bulan lalu.
credit to:pilihan-anda.blogspot.com
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Setiap origami bentuk hati ini dilipat menggunakan wang kertas 100 Chinese Yuan atau RM48 sekeping. Beliau telah menggunakan 520 keping dan ...
-
Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama N...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
Dia merupakan seorang ahli bina badan yang terkenal pada 1952 sehingga digelar Mr Universe pada tahun itu. Muscle itu kekal, lemak itu hanya...
-
Foto bogel mirip penyanyi dangdut Siti Badriah sedang beredar di Twitter. Tiga foto yang memperlihatkan wanita mirip pelantun Berondong Tua ...
-
#Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
sekarang is kapal terbang milik Syarikat Mas hilang ada info mengatakan ia telah terhempas ada juga yang mengatakan masih belum dapat dikesa...
-
Aksi Mak Datin bersama dua rakannya yang kami screenshot daripada video hangat berdurasi 15 saat yang dikirimkan oleh seseorang melalui emai...


No comments:
Post a Comment