Latest News

Sedih.. Ibu Enggan Terima Dan Melihat Anak Baru Dilahirkan Yang Mempunyai 2 Kepala

India – Seorang wanita yang melahirkan bayi berkepala dua, minggu lalu,masih belum mahu bertemu dengan bayinya itu kerana dia masih terkejut dengan keadaan berkenaan Urmila, 28, hanya melihat gambar bayinya itu namun masih belum bersedia untuk menerima mereka.

Menurut doktor, wanita itu masih terkejut dan belum kuat untuk melihat bayi berkenaan, yang hanya diketahuinya berkepala dua sebelum dia bersalin.Keadaannya yang miskin menyebabkan dia tidak mampu untuk menjalani rawatan ultrasound di hospital dan tidak pernah membuat pemeriksaan rutin semasa hamil.

Sementara suaminya, Subhash,32, yang berkerja sebagai buruh di sebuah kilang pula menyerahkan semuanya kepada doktor, namun yang penting adalah kesihatan isterinya.Jelasnya, ketika isterinya mula sakit perut, dia telah dikejarkan ke hospital dan selepas mengetahui bayi yang dikandungnya berkepala dua, mereka sungguh terkejut.

“Saya adalah bapa mereka dan akan melakukan apa saya untuk mereka. Saya serahkan kepada Tuhan.“Sama seperti mana saya menjaga anak perempuan saya, saya juga akan menjaga bayi ini namun ia bergantung kepada doktor. Saya masih risaukan isteri saya,’’ katanya.Bayi berkenaan kini dirawat di sebuah hospital dan doktor memantau perkembangannya dengan rapi.-mynewhub

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.