KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan akan memastikan pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri tempat mereka berasal.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ketika ini terdapat terlalu ramai guru yang memohon untuk bertukar ke negeri masing-masing sedangkan tempat adalah terhad.
"Sebagai contoh bilangan guru yang lahir di Kelantan seramai 57,740 dan yang sedang berkhidmat di negeri itu berjumlah 28,048 orang. Ini bermakna lebih 30,000 guru dari negeri itu sedang bertugas di negeri lain dan yang ingin balik ke Kelantan adalah seramai 2,483, sedangkan kekosongan yang ada cuma 1,079 sahaja.
"Begitu juga yang ingin pulang ke Terengganu berjumlah 1,267, manakala kekosongan yang ada hanya 179 sahaja. Ini bermakna (permohonan) 1,100 guru lagi tidak dapat dilayan dan sudah pastinya mereka kurang seronok dengan keadaan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, ketika ditanya mengenai masalah pertukaran guru yang sukar diatasi sejak sekian lama.
Turut hadir Naib Canselor Unisza, Prof Dr Yahaya Ibrahim.
Idris berkata guru berkenaan enggan bertukar ke negeri lain, sebaliknya tetap mahu balik mengajar di tanah kelahiran dan sudah pastinya masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kekosongan yang ada di sesuatu kawasan itu.
Katanya, keutamaan diberikan kepada suami atau isteri yang mengajar di negeri berlainan.
Mengenai dakwaan berlaku kebocoran kertas soalan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan, beliau berkata, kementerian masih menyiasat perkara itu.
Mengenai Unisza, Idris berkata, universiti itu tidak mempunyai halangan untuk terus maju dan mencapai kedudukan antara 10 universiti terbaik di negara ini berdasarkan perkembangan dan pencapaian semasa di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
"Dengan peningkatan dan penambahbaikan yang sedang berlaku di Unisza ini, saya percaya dan tidak mustahil universiti ini akan menjadi salah sebuah universiti tempatan terbaik dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya.
Katanya, dalam jangka masa yang singkat, Unisza menunjukkan perkembangan pesat dari segi pembangunan infrastruktur, bilangan pensyarah yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD), penerbitan dan penyelidikan dan pembangunan.

No comments:
Post a Comment