Latest News

Pelantikan Kazim tamparan kepada Pas - Fathul Bari

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Pelantikan penceramah agama, Kazim Elias Al-Hafiz sebagai seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan tamparan hebat kepada Pas.

Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, selama ini, Pas sering mendakwa bahawa ahli agama diabaikan oleh parti teras orang Melayu itu.

Walau bagaimanapun, pelantikan Kazim Elias itu telah menepis tohmahan pemimpin-pemimpin parti tersebut dan membuktikan mereka silap.

"Antara tohmahan yang keras daripada Pas selama ini ialah orang agama diabaikan oleh UMNO. Saya kira pelantikan Kazim Elias telah memberi tamparan hebat kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perbincangan dengan pemimpin mahasiswa yang menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fathul Bari menegaskan bahawa pelantikan tersebut harus disokong oleh semua pihak kerana jelas ruang telah diberikan kepada ilmuan agama di dalam UMNO.

"Jangan pula buat tohmahan kata UMNO hanya mahu gunakan golongan ulama. Itu tidak betul.

"Jangan terikut-ikut konsep Yahudi, buat itu tidak betul, buat ini tidak boleh," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.