Latest News

Syed Ali: Tak mustahil PKR berkubur di semenanjung

SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat tidak mustahil PKR bakal berkubur di Semenanjung selepas lumpuh di Sabah apabila ramai pemimpin PKR keluar parti, baru-baru ini.

Menurutnya, bila-bila perkara itu boleh berlaku ekoran PKR sudah hilang kredibiliti.

“Selepas Sabah, tidak mustahil pemimpin PKR di semenanjung akan turut keluar parti dan menjadikannya terus berkubur.

“Kalau boleh berlaku di Sabah, bermakna bila-bila masa juga bakal terjadi di semenanjung kerana PKR semakin hilang kredibiliti terutama pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras.

Jelasnya, tindakan 11 pemimpin PKR Sabah yang keluar parti menunjukkan Anwar Ibrahim sudah tidak diperlukan di negeri itu.

“Apa yang berlaku di Sabah membuktikan bekas pemimpin PKR di negeri itu sudah sedar selama ini mereka diperdaya dengan permainan politik Anwar.

“Dari sudut politik, apabila majoriti pemimpin bahagiannya meletakkan jawatan dan keluar parti, ia merupakan tamparan hebat kepada kepimpinan Pusat,” katanya.

“Tindakan pemimpin utama 11 cabang PKR di Sabah meletakkan jawatan menunjukkan Anwar tidak diperlukan lagi oleh rakyat di negeri berkenaan,” katanya.

Beliau menyifatkan perkembangan terbaru itu secara tidak langsung akan mengubah senario politik di Sabah khususnya membabitkan pakatan pembangkang.

“Senario itu akan menguatkan lagi kedudukan BN di Sabah dalam usaha meneruskan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat,” tegasnya.

Katanya, parti itu tidak pernah reda daripada pertelingkahan dan perebutan jawatan sesama mereka.

“Dalam PKR sendiri sudah lama bergolak kerana masing-masing ketagih jawatan sepertimana berlaku di Selangor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Media Maya Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.